Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bagi Program Sarjana Sains Keselamatan Siber

13 & 14 Januari 2025 I  Fakulti Komputeran UMPSA Pekan 

Image


Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh pihak MQA bagi program Sarjana Sains Keselamatan Siber pada 13 & 14 Januari 2025.





Sesi pembukaan lawatan telah dipengerusikan oleh Lt. Kol. Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman (Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMPSA. Lawatan pada kali ini dihadiri oleh dua orang Panel MQA yang terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Norliza binti Katuk dan YBrs. Dr. Amir Rizaan bin Abdul Rahiman serta diiringi oleh Pegawai MQA iaitu Puan Masfidayanti binti Mokhtar.

Image
Image




Turut hadir adalah Profesor Ts. Dr. Kamal bin Yusoh (Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik), Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar bin Kamaludin (Dekan Fakulti Komputeran), Ir. Ts. Dr. Nurhidayah binti Azmy (Pengarah Pusat Akreditasi Akademik), Profesor Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal bin Che Ku Yahya (Dekan Institut Pengajian Siswazah), wakil-wakil Fakulti Komputeran dan Institut Pengajian Siswazah.







Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap proses penilaian ini akan berjalan lancar serta membawa perkhabaran keputusan yang memberangsangkan.

 

 

Image