Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Oleh Lembaga Tenologis Malaysia di UMPSA Kampus Pekan

25 & 26 Februari 2025 I UMPSA Pekan 

Image




Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima lawatan penilaian Akreditasi Peuh oleh Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi program berikut :
a) Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (Robotik) dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik;
b) Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk dan Analisis) dengan Kepujian;
c) Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian; dan
d) Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Minyak dan Gas) dengan Kepujian
di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif.





Sesi pembukaan lawatan penilaian ini telah dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh (Penolong Naib Canselor (Pengembangan Akademik)) pada 25 Februari 2025. Manakala sesi penutup pula disempurnakan oleh Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman (Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)). Lawatan secara hybrid ini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Alias Bin Mohd dengan dibarisi panel penilai seramai lapan (8) orang secara fizikal dan empat (4) orang panel penilai secara virtual serta dibantu oleh Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal seramai empat (4) orang.

Image
Image




Lawatan penilaian selama dua (2) hari ini melibatkan penelitian dokumentasi program, perjumpaan bersama pelajar dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), temubual staf akademik dan mentor industri.







Para panel penilai juga melawat makmal-makmal program di Fakulti terlibat di samping meninjau fasiliti & kemudahan di sekitar Kampus Pekan. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan lawatan penilaian kali ini. Semoga empat (4) program berkenaan berjaya mendapat penilaian Akreditasi Penuh oleh TTAC MBOT kelak.

 

 

Image