ADUAN PELANGGAN


Maklumat semakan pengiktirafan atau akreditasi program akademik UMPSA :

  1. Bermula 1 Januari 2017, pengiktirafan Kerajaan bagi tujuan perlantikan perkhidmatan awam adalah dibawah kawal selia MQA. [Sebelum tarikh berkenaan, ianya adalah di bawah kawal selia Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK), Kementerian Pendidikan Tinggi].

  2. Bagi semakan status pengiktirafan Kerajaan untuk tujuan perlantikan perkhidmatan awam sebelum 1 Januari 2017, sila rujuk melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (esisraf) http://www2.mqa.gov.my/esisraf 

  3. Bagi status pengiktirafan Kerajaan bagi tujuan perlantikan perkhidmatan awam mulai 1 Januari 2017, semakan boleh dibuat melalui laman portal Daftar Kelayakan Malaysia/Malaysian Qualifications Register (MQR); https://www2.mqa.gov.my/mqr dengan menyemak pada maklumat status program di bawah pernyataan ‘Nilai Taraf Perkhidmatan Awam’.

  4. Anda juga boleh membuat semakan program melalui portal Provisional Accreditation dilaman http://www2.mqa.gov.my/pasp bagi status program akademik Akreditasi Sementara.

  5. Status Akreditasi Program Pasca Ijazah Universiti Awam Sebelum Tahun 2013 :
    Untuk makluman, Daftar Kelayakan Malaysia/Malaysian Qualifications Register (MQR)) mula mendaftarkan program pasca ijazah Universiti Awam di Malaysia (Ijazah Sarjana, Tahap 7 dan Ijazah Kedoktoran, Tahap 8 Kerangka Kelayakan Malaysia pada tahun 2013. Ini kerana perlaksanaan audit bagi program ini mula dijalankan pada tahun 2013.

    Sebelum pendaftaran tersebut dibuat, program tersebut dijalankan berdasarkan peraturan dan keperluan sedia ada yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dianggap telah memenuhi semua kualiti dan standard yang ditetapkan.


Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi : 
Pusat Akreditasi Akademik UMPSA
Jabatan Canseleri
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

Unit 
Akreditasi Program Prasiswazah : 09-4316801/4316937/4316082
Unit Akreditasi Program Pascasiswazah : 09-4316965

Emel  : paa@umpsa.edu.my

Please fill the required field.
Please fill the required field.