PAA UMPSA

KATA ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh kualiti pendidikan tinggi di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Selamat datang ke laman sesawang Pusat Akreditasi Akademik (PAA), sebuah pusat yang berperanan penting dalam memastikan semua program akademik di UMPSA memenuhi standard kualiti yang ditetapkan oleh badan akreditasi serta keperluan industri semasa. PAA komited untuk menyokong kecemerlangan akademik melalui pelaksanaan proses akreditasi yang sistematik, telus dan berterusan.

Seiring dengan aspirasi universiti untuk menjadi institusi teknikal terunggul, PAA memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam urusan akreditasi program akademik. Kami bekerjasama rapat dengan fakulti dan pusat tanggungjawab bagi memastikan urusan akreditasi berjalan lancar dan teratur mengikut garis panduan, prosedur yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Badan Profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Di samping itu, PAA turut diberi amanah membantu fakulti atau pusat untuk mendapat pengiktirafan luar. Ini merupakan satu usaha dalam memberikan nilai tambah kepada program-program akademik yang ditawarkan. Ini bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan, malah mengukuhkan reputasi UMPSA di peringkat nasional dan antarabangsa.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen dalam menjayakan agenda akreditasi dan jaminan kualiti akademik di UMPSA. Semoga usaha berterusan ini akan membawa manfaat besar kepada universiti, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

Pengarah
Pusat Akreditasi Akademik
Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah


Image

Contact

Pusat Akreditasi Akademik
Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

E-mail : Paa@umpsa.edu.my

— Quick Link