LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI OLEH LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA DI UMPSA KAMPUS PEKAN

UMPSA telah menerima lawatan penilaian akreditasi oleh Engineering Accreditation Council (EAC), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) pada 14 Oktober 2024 di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Kampus Pekan.
Lawatan selama satu (1) hari ini dikendalikan oleh Prof. Ir. Dr. Shahrir Bin Abdullah bagi menilai penerusan Akreditasi Penuh program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan/Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian. Semoga program ini berjaya memperoleh penerusan Akreditasi Penuh oleh EAC BEM kelak.