Perbincangan Program Kerjasama Pesisir (Offshore) UMPSA dengan UMS

15 November 2024 I Putrajaya
Image
Pihak Pusat Akreditasi Akademik dan Pusat Kerjasama Strategik Akademik berserta wakil program akademik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada hari ini. Kunjungan ini disambut oleh Pengarah TTAS, Ts. Dr. Mohd Aznan Bin Mohd Noor bersama staf TTAS.
Kunjungan ini telah berbincang mengenai persediaan lawatan penilaian program kerjasama secara Pesisir (Offshore) di antara UMPSA dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) oleh Majlis Akreditasi Teknologi & Teknikal (TTAC)
Image
Image
Program UMPSA yang akan dijalankan secara pesisir di UMS adalah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan Kepujian. Hadir sama wakil UMS iaitu Pengarah Pusat Jaminan Kualiti, Prof. Ir. Ts. Dr. Zainal Bin Zakaria