PERMOHONAN PROGRAM BAHARU

Pengenalan

 

Pembangunan program akademik baharu perlu mematuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF), Garis Panduan Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti  Awam Edisi Kedua, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), KPT, Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) dan standard program berkaitan yang diurus tadbir oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency) (MQA) serta manual/garis panduan badan profesional/badan akreditasi (jika berkaitan).

Kelulusan program baharu Prasiswazah di UMPSA adalah di bawah Majlis Perancangan dan Pembangunan Akademik (MPPA) dan program baharu Pascasiswazah pula oleh Majlis Pengajian Siswazah Universiti (MPSU) dan diikuti perakuan oleh Senat UMPSA.

Program akademik baharu perlu mendapatkan kelulusan JPT, KPT melalui Mesyuarat Saringan Awal (MSA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) sebelum penawaran.