Lawatan Penilaian Akreditasi Bagi Program Kejuruteraan oleh Lembaga Jurutera Malaysia di UMPSA Kampus Pekan
Lawatan ini diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Md Saidin Bin Wahab dengan dibarisi panel-panel ETAC yang terdiri daripada Mejar (B) Prof. Madya Ir. Dr. Kamaruddin Bin Abdul Ghani dan Prof. Dr. Azremi Bin Abdullah Al-Hadi bagi program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal pula, panel-panel ETAC terlibat adalah Ir. Dr. Balamurugan A/L Annamalai Gurunathan, Prof. Madya. Ir. Dr. Mohamad Ali Bin Ahmad dan Ir. Mohd Imran Bin Ibrahim.
Lawatan penilaian selama dua (2) hari ini meliputi penelitian dokumentasi program, perjumpaan bersama pelajar, pemegang taruh dan staf (akademik, pentadbiran dan teknikal). Para panel penilai juga melawat makmal-makmal program di samping meninjau fasiliti & kemudahan di sekitar Kampus Pekan.