Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bagi Program Sarjana Sains Transformasi Digital
16 & 17 Januari 2025 I Fakulti Komputeran UMPSA Pekan

Sesi pembukaan lawatan telah dipengerusikan oleh Profesor Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal bin Che Ku Yahya (Dekan Institut Pengajian Siswazah). Lawatan pada kali ini dihadiri oleh dua orang Panel MQA yang terdiri daripada YBrs. Prof. Dr. Shahrul Azman bin Mohd Noah dan YBrs. Ts. Dr. Farahwahida binti Mohd @ Abu Bakar serta diiringi oleh Pegawai MQA iaitu Puan Siti Norsaidah binti Muhammad.


Turut hadir adalah Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar bin Kamaludin (Dekan Fakulti Komputeran), Ir. Ts. Dr. Nurhidayah binti Azmy (Pengarah Pusat Akreditasi Akademik), wakil-wakil Fakulti Komputeran dan Institut Pengajian Siswazah.
Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap proses penilaian ini akan berjalan lancar serta membawa perkhabaran keputusan yang memberangsangkan.
