Perbincangan Program Kerjasama Ijazah Dual Ningxia University, China (NXU) Bersama EAD BEM
18 Februari 2025 I Petaling Jaya, Selangor

Pusat Akreditasi Akademik UMPSA (PAA) dengan kerjasama Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA) telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Akreditasi Kejuruteraan (EAD) , Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) pada hari ini bagi membincangkan penawaran Program Kerjasama secara Ijazah Dual UMPSA dengan Ningxia University, China (NXU).
Kunjungan ini disambut oleh Ir. Zairul Amri Bin Zakaria (Pengarah EAD) bersama Prof. Ir. Dr. Law Chung Lim (Pengarah Bersekutu Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC)) dan Sekretariat EAD. Wakil dari UMPSA pula adalah Prof. Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh (Penolong Naib Canselor (Pengembangan Akademik)), Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Bin Mat Rejab (Pengarah PKSA), Ir. Ts. Dr. Nurhidayah Binti Azmy (Pengarah PAA), Prof. Madya Ts. Dr. Lee Khai Loon (Timbalan Pengarah PKSA) dan En. Rosilavi Bin Mat Jusoh (Pengurus Kanan Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa).
