Lawatan Penilaian Verifikasi Pelaksanaan Secara Mod Industri Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek Dengan Kepujian, Fakulti Pengurusan Industri
17 & 18 Jun 2025

Lensa sepanjang Lawatan Penilaian Verifikasi Pelaksanaan Secara Mod Industri Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek dengan Kepujian, Fakulti Pengurusan Industri oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 17 hingga 18 Jun 2025. Tiga (3) industri yang dilawati adalah terdiri daripada Vfive Group Sdn. Bhd., Prasarana Malaysia Berhad dan Besi APAC Sdn. Bhd.
Lawatan penilaian selama dua (2) hari ini melibatkan sesi temubual mentor industri, lawatan sekitar industri, temubual dan perjumpaan dengan pelajar yang menjalani Work-Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Kerja) di samping penelitian dokumentasi program. Seramai seorang ahli panel penilai dan dua (2) pegawai MQA yang terlibat dalam lawatan penilaian verifikasi program ini.


Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan lawatan penilaian verifikasi ini. Semoga program ini berjaya memperolehi verifikasi dari MQA kelak.