Program Gaya Hidup Sihat Tahun 2025 :  Brisk Walk & Kayak

7 Julai 2025 I UMPSA Pekan 

Image


Sukacita dimaklumkan bahawa pada 30 Jun 2025 (Isnin) dalam Mesyuarat JKKP PIDA & PAA Bil. 2/2025 telah bersetuju dengan penjenamaan bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pusat Inovasi & Daya Saing (PIDA) dan Pusat Akreditasi Akademik (PAA) kepada JKKP Strategik & Pengembangan Akademik (SPA) di bawah penasihatan Pengarah Kanan (Strategik & Pengembangan Akademik). Berdasarkan penempatan utama Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah penasihatan Pengarah Kanan SPA iaitu di aras 2, bangunan Pusat Bahasa Moden, bagi ahli jawatankuasa JKKP SPA ini akan terdiri daripada gabungan PTJ yang telah dipersetujui oleh Pengarah Kanan SPA seperti berikut:

  1. Pusat Akreditasi Akademik (PAA)
  2. Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik (PIDA)
  3. Pusat Polisi Akademik (PuPA)
 

 

Oleh itu, pihak JKKP SPA telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat Tahun 2025 : Brisk Walk & Kayak pada 7 Julai 2025 bertempat di Pusat Rekreasi Air, UMPSA Pekan.
Image
Image
Program ini bertujuan untuk memupuk budaya intervensi terhadap kesihatan diri dan mewujudkan komuniti yang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakan sekerja.

JKKP SPA juga berbesar hati menggalakkan penyertaan PTJ lain di bawah Pengarah Kanan SPA iaitu Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (CIReL) dan Pusat Perancangan & Pembangunaan Akademik (PPPA) dalam program ini.

Semoga penganjuran program sebegini memberi impak yang positif selain dapat meningkatkan ukhwah di antara PTJ di bawah penasihatan Pengarah Kanan (Strategik & Pengembangan Akademik)