Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam Kampus Gambang

16 & 17 Julai 2025 

Image


Pada 16 hingga 17 Julai 2025, UMPSA telah menerima lawatan penilaian Akreditasi Penuh oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Bangunan) dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Kampus Gambang.





Lawatan selama dua (2) hari ini dibarisi panel penilai iaitu Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Tan Lai Wai (Pengerusi Panel) dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Syahrul Hisyam Bin Mohd Sani dan Ts. Shahrul Azahar Bin Harun serta diiringi oleh Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS) MBOT iaitu En. Muhamad Fauzan Bin Zainal Abidin.

Image
Image




Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan lawatan penilaian kali ini. Semoga program berkenaan berjaya mendapat penilaian Akreditasi Penuh oleh MBOT kelak.