Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Oleh Lembaga Teknologis Malaysia (Mbot) Di Fakulti Komputeran Kampus Pekan
4 & 5 Ogos 2025

Pada 4 hingga 5 Ogos 2025, UMPSA telah menerima lawatan penilaian Akreditasi Penuh oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi program Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) dengan Kepujian di Fakulti Komputeran, Kampus Pekan.
Lawatan selama dua (2) hari ini dibarisi panel penilai iaitu Ts. Herny Ramadhani Binti Mohd Husny Hamid (Pengerusi Panel), Ts. Dr. Syahrul Fahmy Bin Abdul Wahab dan Ts. Indra Bin Mohd Zin serta diiringi oleh wakil Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS), YM. Raja Syariz Zafian Bin Raja Sulaiman.


Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan lawatan penilaian ini. Semoga program ini berjaya mendapat penilaian Akreditasi Penuh oleh MBOT kelak.