Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) Kampus Pekan
13 Ogos 2025 | Pekan, Pahang

Pada 12 hingga 13 Ogos 2025, UMPSA telah menerima lawatan penilaian Akreditasi Penuh oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri) dengan Kepujian di FTKPM, Kampus Pekan.
Lawatan selama dua (2) hari ini dibarisi panel penilai iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Rostam Affendi Bin Hamzah (Pengerusi Panel), Prof. Madya Ts. Dr. Alias Bin Mohd dan Ts. Dr. Hairulazwan Bin Hashim serta diiringi oleh wakil Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS), Encik Muhammad Izzat Hakimi Bin Mustaffa.


Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan lawatan penilaian ini. Semoga program ini berjaya mendapat penilaian Akreditasi Penuh kelak.