Sesi Serahan Tugas Kepada Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA)
07 Mei 2025 I UMPSA Pekan

Pekan Pahang, 07 Mei 2025 - Bertempat di bilik mesyuarat PBM, Aras 2 telah diadakan sesi serah tugas Pusat Akreditasi Akademik (PAA) kepada PPPA iaitu Pembangunan Program Akademik Baharu dan Semakan Kurikulum Program Akademik.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal bin Che Ku Yahya, Pengarah Kanan (Strategik dan Pengembangan Akademik).


Turut hadir adalah Ir. Ts. Dr. Nurhidayah Binti Azmy (Pengarah PAA), Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Bin Mat Rejab (Pengarah PPPA), wakil-wakil PAA dan PPPA.