Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bagi Program Sarjana Sains Kecerdasan Buatan, Fakulti Komputeran
25 & 26 September 2025 I UMPSA Pekan

Lawatan pada 25 & 26 September 2025 dihadiri oleh dua orang Ahli Panel Penilai (APP) yang dilantik oleh pihak MQA terdiri daripada Prof. Madya Ts Dr. Zulkefli bin Mansor (Pengerusi APP) dan Prof. Madya Dr. Syamsiah binti Mashohor (Ahli APP) serta diiringi oleh Pegawai MQA iaitu Cik Noor Aniza binti Abd Aziz.
Sesi pembukaan dan penutup lawatan telah dipengerusikan oleh Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Penolong Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (Pengantarabangsaan & Kerjasama Akademik) Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa UMPSA.


Turut hadir adalah Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar bin Kamaludin (Dekan Fakulti Komputeran), Ir. Ts. Dr. Nurhidayah binti Azmy (Pengarah Pusat Akreditasi Akademik), Ts. Dr. Nurzety Aqtar binti Ahmad Azuan (Ketua Program Pascasiswazah) dan wakil-wakil Fakulti Komputeran.
Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap proses penilaian ini akan berjalan lancar serta membawa perkhabaran keputusan yang memberangsangkan.
