Lawatan Penilaian Akreditasi Interim Oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) di UMPSA Gambang
29 Oktober 2025

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang menerima kunjungan panel penilai daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) bagi Lawatan Penilaian Akreditasi Program Akademik UMPSA melibatkan dua program iaitu Diploma Kejuruteraan Kimia di bawah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga dan Persekitaran) dengan Kepujian di bawah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA).
Lawatan penilaian akreditasi interim ini dibarisi oleh dua orang penilai, iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Lee Tin Sin dan Ir. Dr. Idris bin Othman.


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Diharapkan proses penilaian ini berjalan lancar serta membawa hasil yang positif ke arah peningkatan kualiti berterusan.

