PAA UMPSA

Lawatan Penandaarasan ke universiti teknikal malaysia melaka (utEm)

11 Mei 2026 I UTeM 
Image



Pusat Akreditasi Akademik (PAA) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 11 Mei 2026, Isnin.





Delegasi PAA telah disambut oleh wakil PPSKR UTeM yang terdiri daripada :

  1. Profesor Madya Ts. Dr. Saifudin Hafiz Bin Yahaya – Pengarah

  2. Puan Nur Syaqqirin Binti Rasid – Penolong Pendaftar

  3. Puan Nur Syahidah Binti Nor Nazari – Penolong Pegawai Tadbir

  4. Puan Hazilah Binti Hamid – Pembantu Tadbir Kanan

Image
Image




Tujuan lawatan penandaarasan ini diadakan adalah bagi mendapatkan input amalan terbaik berkaitan tadbir urus pusat, pengurusan akreditasi & pengiktirafan luar program akademik yang boleh dijadikan rujukan bersama.

Pada sesi lawatan, PPSKR turut berkongsi perancangan pembangunan sistem e-akreditasi bagi memperkukuh pengurusan dan pemantauan proses akreditasi secara lebih sistematik dan bersepadu.





Pihak PAA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak UTeM atas sambutan yang diberikan serta kesudian berkongsi pengalaman, pandangan dan maklumat yang amat bermanfaat sepanjang sesi lawatan penandaarasan ini.

Image
Image

Contact

Pusat Akreditasi Akademik
Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

E-mail : Paa@umpsa.edu.my

— Quick Link