Sarjana Kejuruteraan Me
LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI BAGI PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH DALAM BIDANG NEC 0610 DAN NEC 0720 FK & FTKPM
1 hingga 3 September 2026 | UMPSA PEKAN

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program akademik pascasiswazah UMPSA telah dilaksanakan pada 1 hingga 3 September 2026 di UMPSA Pekan.
Sesi penilaian ini melibatkan Fakulti Komputer (FK) dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) bagi program Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang NEC 0610 dan NEC 0720.
Sesi Pembukaan telah berlangsung di bilik MesyuaratAl-Bukhari, Aras 5, FK dan dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA).
Bagi bidang NEC 0610, sesi penutup program Sarjana pada 2 September 2026 dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi, Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA). Manakala sesi penutup program Doktor Falsafah pada 3 September 2026 dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Mohd Nizam bin Mohmad Kahar, Dekan FK.


Sementara itu, bagi bidang NEC 0720, sesi penutup pada 2 September 2026 bagi program Sarjana telah dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Dr. Mohd Rashid bin Ab. Hamid, Pengarah Pusat Akreditasi Akademik (PAA), manakala bagi program Doktor Falsafah pada 3 September 2026 dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Ahmad Razlan bin Yusoff, Dekan FTKPM.
Lawatan penilaian ini turut menjadi platform bagi UMPSA mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak MQA dalam usaha memperkukuh pengurusan serta penyampaian program akademik pasca
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada panel penilai serta pegawai pengiring MQA, para pengerusi jemputan dan pihak fakulti atas kerjasama serta komitmen padu yang diberikan sepanjang pelaksanaan penilaian ini.


