Sarjana Kejuruteraan Me
LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI BAGI PROGRAM SARJANA NEC 0230, PBM (KAMPUS PEKAN) DAN DOKTOR FALSAFAH NEC 0510,NEC 0530, FSTI, PSK & FPI (KAMPUS GAMBANG)
1 hingga 3 September 2026 I UMPSA Pekan dan Gambang

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan Panel Penilai dan Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh yang melibatkan lima (5) program akademik pascasiswazah.
Penilaian telah dilaksanakan di dua (2) lokasi, iaitu UMPSA Pekan dan UMPSA Gambang.
Di UMPSA Pekan, sesi pembukaan bagi penilaian program Sarjana Sains NEC 0230 di bawah Pusat Bahasa Moden (PBM) telah dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA).
Manakala, di UMPSA Gambang, sesi pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).


Empat (4) program yang dinilai di UMPSA Gambang melibatkan Doktor Falsafah dalam bidang NEC 0510 dan NEC 0530 di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Doktor Falsafah NEC 0410 di bawah Fakulti Pengurusan Industri (FPI), serta Sarjana Sains NEC 0310 di bawah Pusat Sains Kemanusiaan (PSK).
Lawatan ini merupakan antara usaha berterusan UMPSA dalam memastikan program akademik yang ditawarkan sentiasa memenuhi standard dan keperluan kualiti yang telah ditetapkan..


